Ketika kamu melihat seseorang.....Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....
Ketika kamu melihat orang itu...Kamu melihat dirimu sendiri...
Ketika kamu menganggapinya..Kamu menganggaplah dirimu sendiri.......
Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah.... "
Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah ( mencuri dan tak siapkan kerja ),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
Isnin, 31 Januari 2011
Ahad, 30 Januari 2011
Tingkatkan Kelajuan Firefox Sehingga 10-30x
Anda perlu download dulu firefox yang terkini dan ikuti langkah di bawah :-
01. Type about:config in the address bar and then press Enter.
And you will see a confirmation message like this:
Now click I’ll be careful, I promise!
02. You will see a label there Filter, just next to it type network.http.pipelining. Now be sure the value field is set true, if not double-click to set true.
Info: HTTP is the application-layer protocol that most web pages are transferred with. In HTTP 1.1, multiple requests can be sent before any responses are received.
This is known as pipelining. Pipelining reduces page loading times, but not all servers support it!
03. Go back to the Filter search bar and type network.http.pipelining.maxrequests. Double-click this option and set its value to 8.
04. In the Filter search bar and type network.http.proxy.pipelining. Once opened double-click on it and set it to true.
05. Type network.dns.disableIPv6 in the filter search bar and set this option to true by double clicking on it.


Info: In IPv6-capable DNS servers, an IPv4 address may be returned when an IPv6 address is requested. It is possible for Mozilla to recover from this misinformation, but a significant delay is introduced.
06. CONTENT INTERRUPT PARSING
This preference controls if the application will interrupt parsing a page to respond to UI events. It does not exist by default.
Right-click (Apple users ctrl+click) anywhere in the about:config window, select New and then Boolean from the pop-up menu. Then:
A. Enter content.interrupt.parsing in the New boolean value pop-up window and click OK.
B. When prompted to choose the value for the new boolean, select true and click OK.
07. Rather than wait until a page has completely downloaded to display it to the user, Mozilla applications will regularly render what has been received to that point.
This option controls the maximum amount of time the application will be unresponsive while rendering pages.
Right-click (Apple users ctrl+click) anywhere in the about:config window, select New and then Integer from the pop-up menu.

A. Enter content.max.tokenizing.time in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 2250000 and click OK.
08. CONTENT NOTIFY INTERVAL
This option sets the minimum amount of time to wait between reflows. Right-click (Apple users ctrl+click) anywhere in the about:config window, select New and then Integer from the pop-up menu.

A. Type content.notify.interval in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 750000 and click OK.
09. CONTENT NOTIFY ONTIMER
A. This option sets if to reflow pages at an interval any higher than that specified by content.notify.interval.
Right-click (Apple users ctrl+click) anywhere in the about:config window and select New and then Boolean from the pop-up menu.
B. Type content.notify.ontimer in the New boolean value pop-up window and click OK.
C. You will be prompted to choose the value for the new boolean. Select true and click OK.
10. Notify Backoffcount
This option controls the maximum number of times the content will do timer-based reflows. After this number has been reached, the page will only reflow once it is finished downloading. Right-click (Apple users ctrl+click) anywhere in the about:config window and select New and then Integer from the pop-up menu.

A. Enter content.notify.backoffcount in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 5 and click OK.
11. CONTENT SWITCH THRESHOLD
You can interact with a loading page when content.interrupt.parsing is set to true. When a page is loading, the application has two modes: a high frequency interrupt mode and a low frequency interrupt mode. The first one interrupts the parser more frequently to allow for greater UI responsiveness during page load.
The low frequency interrupt mode interrupts the parser less frequently to allow for quicker page load. The application enters high frequency interrupt mode when you move the mouse or type on the keyboard and switch back to low frequency mode when you had no activity for a certain amount of time. This preference controls that amount of time. Right-click (Apple users ctrl+click) anywhere in the about:config window and select New and then Integer from the pop-up menu.

A. Enter content.switch.threshold in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 750000 and click OK.
12. NGLAYOUT INITIALPAINT DELAY
Mozilla applications render web pages incrementally, they display what??s been received of a page before the entire page has been downloaded. Since the start of a web page normally doesn’t have much useful information to display,
Mozilla applications will wait a short interval before first rendering a page. This preference controls that interval.
Right-click (Apple users ctrl+click) anywhere in the about:config window and select New and then Integer from the pop-up menu.

A. Enter nglayout.initialpaint.delay in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 0 and click OK.

Semoga Berjaya !!
credit : bariski
Lindungi Jejak Anda Dalam Internet
Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.
Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.
Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet.
Jangan senarai diri anda
Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites.
Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.
Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History.
Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.
Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now.
Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:\WINDOWS\HISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.
Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kunjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.
Bersihkan jejak anda
Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:\WINDOWS\COOKIES atau C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES.
Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada
Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.
Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja.
Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik.
Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus.
Dengkur gejala gangguan tidur
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
adawiyah.koh@utusan.com.my
OSA dan masalah dengkur yang berlaku akibat halangan pada laluan udara (gambar kiri) boleh dirawat menggunakan alat MAD yang menganjak kedudukan rahang bawah (gambar kanan).
Krohhh! krohhhhh! uughghghhh! sssyyy. Tidak kira sama ada bunyinya digambarkan seperti hon amaran kabus kapal laut, dengungan gergaji elektrik, guruh berdentum atau enjin buldozer, semua orang tahu apa yang dimaksudkan - dengkur.
Seorang pemandu pelancong memberi isyarat kepada saya ketika seorang rakan tidur dan berdengkur di dalam bas. Mujur ketika itu, rakan-rakan yang lain dibuai lena kerana keletihan. Teringat kata-kata Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pantai Ampang, Dr. Raymond Tan, seseorang yang berdengkur biasanya berbadan besar. Melihat saiz tubuh rakan itu, saya mengiakan dalam hati. Saya membayangkan jika yang tidur itu adalah pemandu bas pelancongan itu, apakah nasib kami? Seseorang boleh tertidur pada siang hari kerana tidur malamnya sebenarnya tidak lena kerana ada gangguan tidur. Seperti nasihat Dr. Raymond secara berseloroh: "Jika saya ingin menaiki bas balik ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kelantan, saya pasti tidak mahu menaiki bas yang dipandu oleh seseorang berbadan besar. Dia mungkin mengalami masalah dengkur ketika tidur dan cepat keletihan. Itu risiko kepada kemalangan."
Menurut Dr. Raymond, dengkur secara amnya berlaku apabila penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks.
Getaran itu seterusnya menghasilkan bunyi khusus dengkur.
"Bahaya utama adalah apabila penghidap dengkur mempunyai Apnea Tidur Halangan (OSA) yang teruk, menyebabkannya berhenti bernafas lebih 30 saat, berulang kali semasa tidur.
''Oleh itu, individu yang berdengkur perlu menjalani ujian tertentu bagi menentukan klasifikasi dengkur biasa, sehinggalah ke tahap OSA yang teruk.
''Individu yang mengalami dengkur biasa tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan keselesaan tidur (penghidap dan ahli keluarga).
Namun, individu yang berdengkur dengan kuat dan mengalami OSA yang teruk mungkin terjejas kesihatannya dalam jangka panjang," ujarnya.
Nafas terhenti
Mereka yang mengalami masalah OSA selalunya berada dalam keadaan separa sedar. Mereka juga biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam.
Bunyi dengkur akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba terhenti seketika akibat pernafasan terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup).
Halangan pada bekalan udara ke paru-paru ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang dikhuatiri akan membawa kepada banyak masalah kesihatan lain.
"Mereka yang menghidap OSA juga akan berasa letih selepas bangun tidur, sangat mengantuk serta kelihatan seperti mengalami masalah kemurungan.
''Kekurangan oksigen terutamanya ke otak bukan sahaja satu masalah kesihatan malahan boleh membawa maut jika dibiarkan berterusan,'' katanya.
Oleh itu, menurut Dr. Raymond, setiap orang perlu faham bahawa kitaran tidur, dengkur dan OSA amat berbahaya dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Lebih teruk lagi kadang-kadang ketika memandu sama ada waktu siang atau malam, seseorang boleh terlelap kerana dengkur.
Tahap teruknya apnea ditentukan melalui kiraan setiap jam, rendah (10 apnea sejam), sederhana (20 hingga 30) atau teruk (lebih 40 apnea sejam).
Dengkur dan apnea boleh menyebabkan kekurangan oksigen ke otak dan jantung, menjejaskan fungsi otak dan tekanan kepada jantung (jantung makin besar, denyut jantung dan pernafasan makin laju).
Gangguan tidur pesakit jelas kelihatan jika mereka masih mengantuk di waktu pagi sementara kanak-kanak kelihatan sukar memberi tumpuan.
Rawatan OSA
Rawatan paling umum OSA adalah tekanan berterusan laluan udara atau CPAP (Continuous Positive Airway Pressure). Rawatan lain termasuk menurunkan berat badan, ubat-ubatan secara oral, terap dan pembedahan.
Berat badan yang bertambah sememangnya menjadi faktor risiko berlakunya OSA.
Terbaik, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.
ketika diulit mimpi





Pernahkah anda menatap wajah orang-orang yang anda sayang ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang nampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.
Orang yang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur tak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. …
Lihatlah ibu anda….
Hmm… kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai - belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu…
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya…
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata… “Betapa lelahnya.. penatnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA…..
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka “orang-orang terkasih itu” tak lagi membuka matanya, untuk selamanya …
Orang yang paling kejam di dunia pun jika dia sudah tidur tak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. Sekarang, beralihlah. …
Lihatlah ibu anda….
Hmm… kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai - belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu…
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya…
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata… “Betapa lelahnya.. penatnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA…..
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka “orang-orang terkasih itu” tak lagi membuka matanya, untuk selamanya …
Langgan:
Ulasan (Atom)

















